KHASIAT JAMBU MERAH

Khasiat Jambu Batu Merah

Jambu Batu Merah dipercayai mempunyai sumber vitamin C yang tinggi di dalam bentuk asid askorbik. Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 – 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik.

Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu merah jambu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak. Kultivar isi merah jambu mempuyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1mg/100g) berbanding kultivar isi putih. Jambu batu juga mempunyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17mg/100g asid pantotenik dan 0.05mg/100g amina.

Jambu batu juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.

Buah jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah. Keasidan dan pH mesokarpa yang telah dilaporkan berbeza, masing-masing dari 0.33 hingga 0.99% sama ada kultivar isi merah atau isi putih.

Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu merah jambu ini, ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat kepada semua lapisan masyarakat. Kandungan vitamin C nya yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilan jambu batu secara harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan manusia. Zat besi dan Kalsium yang sederhana juga sesuai di ambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh. Jambu batu adalah salah satu buah tempatan yang begitu berkhasiat berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Khasiat dan manfaat Jambu Batu Merah (Ringkasan)

- Menngandungi Vitamin C, 5 kali ganda lebih daripada oren

- Kandungan tinggi dalam kalsium dan iron

- Membaiki keadaan cirit-birit, megurangkan kesakitan,

- Anti free radicals, mengurangkan kekejangan

- Meningkatkan fungsi jantung

- Mengurangkan paras gula dalam darah badan.

Jambu Batu Merah Berserat Tinggi

Jambu batu merah mempunyai jumlah kandungan serat pemakanan yang tinggi, iaitu antara 56.6 – 76.1 peratus dengan nisbah serat pemakanan larut terhadap tidak larut menyamai nisbah yang terdapat dalam bijirin, dan mengandungi nilai kalori yang rendah (97.1 – 249 kcal/100 g).

Produk berkenaan berwarna perang cerah dan berkeupayaan membendung air (3.75 – 12.17 g air/ g serat), minyak (2.20 – 6.88 g minyak/g serat) dan mengembang (11.8 – 14.2 mL of air/g serat) dengan baik.

Produk berkenaan bukan sahaja boleh memperkaya serat diet dan mengurangkan nilai tenaga dalam makanan, tetapi boleh digunakan sebagai bahan-bahan dalam pelbagai produk makanan. Kajian menunjukkan serbuk serat diet mengandungi fruktooligosakarid (FOS) yang merupakan agen prebiotik.

Di samping itu, produk tersebut mempunyai kandungan aktiviti antioksidan (52 – 91.4 AOA peratus,) kesan radikal scavenging (85.4 – 91.7 peratus), dan fenolik (156 – 227.6 FAE mg/g) yang tinggi.

Kajian in-vitro dan in-vivo menunjukkan serbuk serat diet daripada hasil sampingan jambu batu merah bersifat prebiotik di samping terdapat pengurangan mesofili bakteria dan penambahan bifidobakteria.

Kajian juga menunjukkan serbuk serat diet mempunyai kesan hipokolesterolemik yang amat ketara, dalam mengurangkan paras serum jumlah kolesterol (43 peratus) dan LDL (51 peratus) dalam tikus.

Aktiviti antioksidan yang tinggi dan kesan prebiotik dan hipokolesterolemik pada serbuk serat diet ini berpotensi sebagai ramuan makanan.

sumberjambu batu merah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>